PANTUN PERJUANGAN DAN PENYEMANGAT DIRI

Pantun perjuangan dan penyemangat diri ini adalah salah satu jenis pantun yang berisi tentang nilai-nilai semangat perjuangan demi membela bangsa dan agama.

Pantun ini sangat bagus dan baik untuk dibaca. Buat kalian berikut ini kami bagikan kumpulan pantun lucu dan unik tentang perjuangan dan penyemangat diri.

gambar pantun perjuangan pejuang kemerdekaan

Wahai sahabat pemantun yg dihormati,
Saya setuju statement di atas ini,
walaupun mati itu PASTI!,
Selagi bernyawa perjuangan belum terhenti!!!

Gelas-gelas kaca
Bisa di isi air tebu
Giat-giatlah membela bangsa
Agar negara kita tetap maju

Undur bukan sebarang undur
Undur bangun sepertiga malam
Perjuangan ini tak pernah mundur
Merintih di dunia sehingga kelam...

Anak ayam sedang berlari
sedang berlari dengan mak siti
walaupun penuh onak dan duri
demi islam harus ditempuhi.


Anak itik mandi sungai
Mandi sungai dengan ikram
Walau ditempuh onak dan badai
Teruslah berjuang demi islam


pergi pasar dengan nasir
nasir beli gula dan ayam dengan wang
sudah adat berdepan dengan mehnah n tribulasi
itulah adat orang berjuang

Anak ayam bermain rakit
Bermain rakit dengan mak anis
perjuangan itu memang pahit
kerana syurga itu sangat manis..

Mulakan amal dengan niat
Pastikan niat kita ikhlas
walaupun terasa amat berat dan penat
Ingat! Usaha kita pasti dibalas.....!!!!

klcc is very tall
meet a friend and give salam
Majulah islam
Pas for All!

Ada Sahabat Khidmat di PAsti
Dewan Pemuda Wujudkan PASti
Mehnah Itu Sudah PASti
Kerana janji Allah itu PAsti


Kenangan terindah di bagan Lalang
Walaupun Kalah itu bukan ukuran
bukanlah kita bernasib malang
tetapi kurang usrah dan tamrin



Dalam perahu ada ketam
Dalam kapal ada peta
Bila pi tamrin mmg rasa nak pitam
Tapi itulah jalan tarbiyyah kita


Puan pengadil menjadi hakim
sahabat pemantun sahabat sejati
usrah pengerat silaturrahim
tamrin penguat jati diri..


masa pi tamrin kena makan telur mentah
makan telur mentah bersama beriani
itulah pengalaman kena tempah
menjadikan kita lebih berani


belah delima terkena pisau
jumpa delima di celah batu
apa sahaj program jangan dirisau
unit amal datang mambantu!


makan bersama beriani kak ngah..
telur mentah pun mentahlah..
pengalaman dan cabaran menjadi lumrah...
supaya lahir pejuang islam yg Izzah!!...

Delima celah batu sedikit tawar,
Makan bersama dengan pak wahid,
Wahai keluarga lebah penawar,
Muncul lah kalian para mujahid!!!!!

Tarbiah , Tamrin , Nadwah & Ijtima'
kuliah haraki dan tahaluf siasi
dalam jemaah sepakat bersama
amal yang baik di bawa mati.


Bank Islam , Seni Islam Siasah Islam
Islam Sempurna dan dihormati
Mari bersama gerakan islam
Ukhwah dan Mahabbah sampai mati!


puan pengadil ,tuan pengadil
hakim pulak dah datang ni
mari kita berpantun dengan adil
demi islam yang dicintai


pokok rambutan berbuah lebat....
dari mengait hinggalah memanjat...
marilah mari wahai sahabat !!!
contohi perjuangan Rasulullah dan sahabat!!!


bila pejuang diseru
lantas pantas terus berjuang
anak muda ingin wadah baru
gerakan islam pilihan terbilang!


puan pengadil tinggal keseorangan,
tuan pengadil mengundur diri,
sedarlah manusia dari lamunan,
biar islam gemilang kembali!!!!!!


seru seru bukan "ku seru",
penaik semangat pejuang islam,
kobarkan semangat hapuskan seteru,
lupakan masa kita yang silam!!!


Sejarah islam dalam sejarah
2/3 dunia sudah ditahluk
biar hina disisi makhluk
tetapi mulia disisi Allah


Sampai pagi kita berpantun
Kalah dan menang bukan dicari
Jemaah kita bersopan santun
asbab hidayah orang mencari

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati
Niat dihati bukan nak hidung tinggi
Tapi ilmu untuk dikongsi

Selesai sahaja pantun ku ini,
Berundur bukan bererti kalah,
"hidup mulia, mati syahid" di hati,
Bergeraklah kita dengan kalimah, "LAILLAHAILLALLAH"!!!!!!!!

Puan pengadil sudah dilantik,
Tuan pengadil "meng'offer' diri,
Musuh islam jangan di jentik,
Dekati mereka dengan peribadi......

Itulah kumpulan pantun perjuangan yang dapat kalian jadikan pantun penyemangat untuk diri sendiri, ataupun orang lain.